
Tuisyen Online Mathspower: Mudah, Interaktif dan Berkesan!
Kelas secara live di Zoom. Semua subjek, Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Bantu anak anda faham pelajaran dengan lebih mudah hari ini!

Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.
Kelas Tuisyen Online Mathspower dirancang khas untuk memastikan pembelajaran yang efektif dan menarik. Dengan penggunaan teknologi terkini, guru berpengalaman kami mengajar secara interaktif melalui Zoom. Anak anda bukan sahaja mudah faham, malah lebih bersemangat untuk belajar! Sertai ratusan pelajar yang telah memilih Mathspower sebagai platform tuisyen online terbaik mereka.
…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu anak susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.
Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.
Sekali tengok soalan, mak aihh. Boleh tahan susahnya. Saya yang dewasa ni pun tak tahu jawab soalan tu.
Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” Sukatan pelajaran semakin berat. Darjah 6 pun dah belajar topik takaful & insuran. Belum lagi silibus sekolah menengah.
Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni result exam anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.”
Disebabkan hal ini saya nekad untuk bantu anak. Kalau dibiarkan takut nanti anak jadi down, frust dan paling sedih kalau anak terus tak minat belajar. Susah laa nak masuk universiti nanti.
Dalam hati ni “Aiman, mama teringin sangat nak kau jadi macam anak kawan mama tu. Setiap kali exam mesti skor”…
Insya-Allah dengan pengalaman selama 11 tahun mengajar lebih daripada 8500 pelajar, kami akan kongsikan step by step proven formula untuk anak lebih cepat FAHAM dalam setiap pelajaran dengan MUDAH.
Kelas Tuisyen Online Mathspower ini dijalankan secara berfokus dengan kumpulan pelajar yang kecil melalui aplikasi 🎦 Zoom.
✍️ Kaedah dan Gaya Pengajaran yang Mudah dan Senang untuk Difahami.
Terbukti Telah Membantu Ramai Pelajar untuk Improve Result dari Gred Markah Cukup-Cukup Makan ke Gred Markah yang Lebih Tinggi🚀🚀.
Dan Ramai yang Sudah Membuktikan Bersama Kami ! 👩🎓👨🎓
1# Tidak Kuasai Asas
Cuba tanya anak. Adakah mereka dah kuasai topik pecahan (sekolah rendah) dan rumus algebra (sekolah menengah) ? Bila anak lemah topik ini, dia juga akan lemah tajuk-tajuk lain yang bersangkut paut dengannya seperti tajuk wang, masa, perpuluhan, pengendalian data, ruang dan tajuk isipadu. Kesudahan nanti anak akan blur & lost bila belajar tajuk baru.
2# Anak Tidak Minat Belajar.
Dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh anak belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya mak ayah yang tension.
3# Sibuk & Bertangguh-tangguh
Dah dekat tarikh exam barulah mak ayah risau tentang pelajaran anak. Masa tu barulah kelam kabut nak mengajar atau cari pusat tuisyen untuk anak. Tapi sedihnya… risau tak sempat sebab anak perlu ulangkaji banyak topik dari awal sehingga akhir termasuklah topik-topik tahun lepas. Akhirnya anak jadi down, buntu, blur dan tak tahu nak buat apa. Kesian sangat.
Kelas Tuisyen Online bosan ? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Jangan risau, cikgu-cikgu kami tahu bagaimana nak menjadikan sesi belajar lebih seronok. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar secara online bersama cikgu-cikgu kami.
Tak best kan bila tengah kelas kelas tiba-tiba suara tersekat-sekat dan video jadi beku. Sebab itu kami menggunakan platform ZOOM yang terbukti lebih stabil berbanding platform-platform yang lain.
Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.
Kajian menunjukkan, majoriti pelajar hanya mampu ingat 10% dari apa yang diajar selepas 30 hari. Sedih kan? Oleh itu elemen pengulangan dalam proses belajar sangat penting untuk anak terus kekal ingat. Kini anak anda boleh mengulangkaji pelajaran dengan hanya menonton video-video pembelajaran topik-topik lepas.
Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.
Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.
1# Komited
Bermula Awal dan Mengikuti Kelas Tuisyen Online dengan Bersungguh-sungguh Mengikut Jadual yang Telah Ditetapkan.
2# Aktif
Tidak Malu dan Terus Bertanya Kepada Cikgu Jika Ada Topik yang Masih Tidak Jelas.
3# Rajin
Mengukuhkan Pemahaman Selepas Sesi Pengajaran Dengan Membuat Ulangkaji dan Latihan di Dalam Modul Tuisyen.
Ditubuhkan pada tahun 2013, Mathspower telah berkembang menjadi pusat tuisyen yang diiktiraf dan dipercayai ramai, khususnya oleh ibu bapa yang mencari pendidikan tambahan berkualiti untuk anak-anak mereka. Dengan pengalaman lebih 11 tahun, Mathspower kini mempunyai 12 cawangan aktif yang memenuhi keperluan pelajar di pelbagai peringkat.
Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam nilai peribadi, dengan pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan.
Pendaftaran pelajar untuk tuisyen online ini boleh dibuat dengan mengisi borang secara online dan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Boleh juga terus ke pusat tusiyen untuk mendaftar. Klik disini untuk mendaftar.
Kami menggunakan platform zoom. Link zoom akan diberi kepada pelajar sebelum kelas bermula.
Kebanyakan tutor bukan daripada kalangan guru sekolah. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang, Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.
Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain. Untuk lihat pakej subjek ditawarkan dan yuran sila klik disini.
Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”.
Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A.
Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Individu.
Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.
Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.
✅Semua subjek
✅Sekolah Rendah & Menengah
“Gembira anak dapat A selepas gagal berkali-kali..”
✅ Sekolah Rendah & Menengah
✅ Semua Subjek.
📍 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor.
☎️ 012-842 9211
Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.
Soalan-soalan Matematik sekarang pula bukan lagi sekadar tambah dan tolak, tetapi soalan sekarang banyak yang berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), betul-betul buat anak-anak kita ‘krik-krik’. Mereka bukan saja perlu hafal formula, tapi kena faham logik di sebalik setiap soalan dan berfikir seperti seorang saintis!
Dan di sekolah? Situasinya sungguh menyedihkan. Kelas semakin penuh sesak—lebih 50 pelajar dalam satu bilik darjah! Cuba bayangkan, seorang guru nak kawal, ajar, dan pastikan semua pelajar faham. Hampir mustahil!
Kesannya ? Anak mungkin akan hilang keyakinan diri, mula beranggapan diri mereka tak pandai, dan paling menyedihkan, jika anak berhenti mencuba. Hati ibu bapa mana yang tak luluh melihat ini?
Jangan tunggu sehingga anak menyerah kalah sepenuhnya. Masa untuk bertindak ialah sekarang. Dengan bantuan yang betul, anak kita boleh bangkit, bukan sekadar belajar tetapi menguasai pelajaran dengan yakin.
💪 Kami di Pusat Tuisyen Mathspower sedia membantu.
Dengan pengalaman 11 tahun membimbing lebih daripada 8500 pelajar, Pusat Tuisyen Mathspower telah terbukti menjadi pilihan ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka dalam setiap subjek. Kami menggunakan formula eksklusif yang membantu anak anda memahami matapelajaran dengan lebih mudah dan pantas.
Jangan biarkan anak anda terus ketinggalan atau rasa susah nak ikuti pelajaran. Sertai kami sekarang dan lihat sendiri perubahan yang luar biasa!
🔥 DAFTAR KELAS SEKARANG
(Jangan tunggu lama, tempat TERHAD!)
Pernah tak anda rasa buntu, tak tahu nak buat apa untuk bantu anak yang semakin ketinggalan dalam pelajaran? Ini antara punca utama masalah ini berlaku:
1# Tidak Kuasai Asas
Cuba tanya anak, adakah mereka betul-betul faham topik asas seperti pecahan (sekolah rendah) atau algebra (sekolah menengah)? Bila asas lemah, anak akan terus ketinggalan untuk topik-topik lain seperti peratusan, ruang, atau data. Akhirnya, anak jadi keliru & hilang semangat bila belajar bab yang baru.
2# Anak Tidak Minat Belajar.
Dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh anak belajar, tetapi tetap tiada motivasi untuk buka buku. Sebaliknya, mereka lebih asyik dengan gajet atau permainan video.
3# Sibuk & Bertangguh-tangguh
Dah dekat tarikh exam barulah mak ayah risau tentang pelajaran anak. Masa tu barulah kelam kabut nak mengajar atau cari pusat tuisyen untuk anak. Tapi sedihnya… risau tak sempat sebab anak perlu ulangkaji banyak topik dari awal sehingga akhir termasuklah topik-topik tahun lepas. Akhirnya anak jadi down, buntu, blur dan tak tahu nak buat apa. Kesian sangat.
Anak tak dapat fokus semasa kelas? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Sebab itu kami menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi) dalam setiap sesi pembelajaran bagi menaikkan semangat belajar dalam diri anak. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar di Pusat Tuisyen Mathspower.
Best kan bila anak dapat belajar dalam kelas yang tak ramai orang ? Apabila bilangan pelajar sedikit, cikgu-cikgu kami boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah setiap pelajar dengan lebih mudah. Lebih tumpuan dapat diberikan kepada anak dan membuatkan sesi pembelajaran lebih berkesan.
Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.
Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.
Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.
1# Komited
Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan—ia bermula dengan komitmen yang teguh. Di Mathspower, kami memastikan anak anda bukan sekadar hadir ke kelas, tetapi hadir dengan tujuan iaitu untuk memahami, menguasai, dan menerapkan apa yang dipelajari. Dengan pendekatan pembelajaran berstruktur dan berfokus, kami membantu anak anda membina asas yang kukuh, meningkatkan keyakinan diri, dan mencapai potensi sebenar mereka.
2# Aktif
Di Mathspower, kami galakkan anak anda untuk lebih berani bertanya dan tidak takut mengakui jika ada topik yang mereka kurang faham. Dengan suasana pembelajaran yang mesra dan menyokong, guru-guru kami memastikan setiap soalan dijawab dengan jelas sehingga anak anda benar-benar memahami dan menguasai topik tersebut. Kami percaya, bertanya adalah langkah pertama menuju kejayaan!
3# Rajin
Kejayaan bermula dengan usaha yang konsisten. Di Mathspower, anak anda akan dibimbing melalui latihan intensif dan modul khas yang direka mengikut keperluan individu. Latihan ini bukan sahaja membantu mereka memahami topik dengan lebih mendalam, tetapi juga membina disiplin dan tabiat belajar yang membawa kepada keputusan cemerlang.
Kaedah & Gaya Pengajaran Mudah yang Terbukti Berkesan
Dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami, kami telah membantu ribuan pelajar meningkatkan markah mereka, daripada sekadar cukup-cukup makan kepada gred yang jauh lebih tinggi. Mathspower bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing pelajar untuk benar-benar memahami dan menguasai setiap subjek!
Dan Ribuan Lagi Pelajar Telah Berjaya Bersama Mathspower!
Ditubuhkan pada tahun 2013, Mathspower telah berkembang menjadi pusat tuisyen yang diiktiraf dan dipercayai ramai, khususnya oleh ibu bapa yang mencari pendidikan tambahan berkualiti untuk anak-anak mereka. Dengan pengalaman lebih 11 tahun, Mathspower kini mempunyai 12 cawangan aktif yang memenuhi keperluan pelajar di pelbagai peringkat.
Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam nilai peribadi, dengan pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan.
Tidak semestinya. Tutor di Pusat Tuisyen Mathspower terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk mereka yang berpengalaman dalam pengajaran subjek tertentu. Setiap tutor melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk temuduga dan sesi mock teaching untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran mengajar yang cemerlang.
Kami percaya bahawa pengalaman mengajar dan kebolehan menyampaikan ilmu adalah lebih penting daripada status pekerjaan mereka. Dengan ini, kami mampu menawarkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk anak anda.
Tidak. Walaupun nama kami mencerminkan fokus kepada Matematik, kami juga menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.
Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.
Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.
Jangan risau, kami di Pusat Tuisyen Mathspower telah berdepan dengan ramai pelajar seperti anak anda. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi yang boleh digilap, tidak kira di mana mereka bermula. Untuk pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pelajaran atau sering ketinggalan, kami menawarkan kelas individu yang memberi perhatian khusus kepada anak anda. Dalam kelas ini, tutor akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kemampuan dan keperluan anak anda.
Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.
Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.